Saturday, July 25, 2020

BIRTHDAY POLIMERS MEMBER

STICKY!!!: SENARAI BIRTHDAY BUDAK-BUDAK POLITEKNIK FIRST BATCH

JANUARI
16 - alhafiz & nazri (pear)

FEBUARI
3 - yu'are
5 - adibah
18 - roha & zubaidah

MAC
8 - nina
23 - safa
30 - cha'are

APRIL
18 - k'own
22 - punjunk
25 -sykha25

MEI
7 - atul
28 - pejal

JUN
5 - shahrul

JULAI
3 - ayu
4 - haifa
14 - adib
18 - gimmie
19 - ernie
22 - eida
24 - eita
25 - aremierulez & fatehah
26 - zalina DPR
27 - kamal

OGOS
26 - aiza

SEPTEMBER
25 - fiza

OKTOBER
31 - zool

NOVEMBER
6 -yus

DISEMBER
4 - are'gie & nani
10 - zaki
14 - juju
16 - nadia
21 - aie
28 - chu_blues, wanie

Tuesday, May 27, 2008

Kamal wat hal lagi???

Assalamualaikum semua!!..Mari-mari, rapat-rapat kat sini ada satu cerita masih panas dan masih berasap macam sizzling noodle daa..erm,ni bukan cite anak pontianak tapi cite pasal kawan kite si Kamal neh.Ape lagi laa dak Kamal ni dah wat,cite pasal kawin tak cakap aritu pun tak reda lagi,ni die wat hal lagi,Eh..!rileks dulu,jangan serbu je,siasat dulu ape yang dak kamal wat lak kali ni..
Aaa..kalau nak tau,Kamal baru je membuka kedai makanan barat a.k.a western food restaurant di Kuala Sungai Baru dekat Kuala Perlis.Buat suspen je dak Kamal neh. Kedai makanan yang diberi nama Aroma Paprika ni telah pun masuk seminggu pengoperasiannya. Restoran yang berkonsepkan 60's retro + beach side cafe ne menyediakan makanan barat seperti chicken chop, lamb chop, beef steak dengan pilihan pelbagai sos dan tak ketinggalan hidangan burger yang telah dikenali sejak turun temurun di sekitar pekan simpang empat iaitu bay leaves burger.Lokasi restoran amat strategik memandangkan ianya terletak bersebelahan dengan laut. Pengunjung yang datang dapat menikmati hidangan makanan sambil menghirup udara segar laut.Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan sesuai bagi seisi keluarga.
Uis betul-betul bangga dengan kejayaan kamal dan sentiasa berdoa semoga perniagaannya ini akan lebih maju di masa akan datang. Kepada ganx polimers sekalian tidak kira siapa pun anda marilah kita menyokong apa yang telah dilakukan oleh ganx kita ni dan dapatlah kita jadikannya sebagai pembakar semangat supaya kita lebih maju. Ingatlah kepada sesiapa yang sering menjatuhkan orang lain untuk naik maka dia tidak akan kemana-mana. Jadi kepada sesiapa yang berada di Perlis atau dalam perjalanan ke Langkawi anda berpeluang menikmati hidangan yang sangat lazat di Aroma Paprika.Jom Makan!!!

Tuesday, May 13, 2008

Ralat: Nama company yang diisytiharkan

Assalamualaikum..kepada semua polimers di harap dapat mengambil perhatian yang agak serius dalam pernyataan yang akan dikhabarkan.Sedikit pembetulan mengenai gambar di ruangan Snap! bahagian Ganx Polimers Posse. Terdapat gambar yang menunjukkan papan tanda projek infrastruktur luar bandar yang tertera nama kontraktor seakan nama salah seorang polimers.Gambar tersebut sebenarnya telah disumbangkan oleh salah seorang ganx kita. Uis mendapat khabar bahawa beberapa rakan ganx berpendapat nama kontraktor atau company itu ialah nama company ganx yang mengirimkan gambar tersebut.Untuk menjernihkan kekeruhan dan salah faham,uis diminta oleh ganx tersebut untuk menerangkan keadaan sebenar.
Nama company ganx tersebut yang sebenarnya adalah Puncak Kersani Enterprise dan telah pun didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).Gambar papan tanda berkenaan adalah bukan sama sekali papan tanda milik ganx tersebut tetapi hanyalah gambar candid yang diambil berdekatan dengan kediaman ganx tersebut yang bertujuan untuk dimuatkan ke dalam ruangan Snap! Diharap tiada lagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuat sebarang spekulasi mengenai kontroversi gambar tersebut. Demi menjaga keamanan dan kesejahteraan blog ini,uis telah menggunakan kuasa uis sebagai pemilik blog untuk memusnahkan gambar tersebut.Oleh yang demikian akhir kata dari Uis...Tingkatkan Prestasi Kurangkan Kontroversi

Monday, April 7, 2008

Pernikahan Misteri???





Jeng..jeng..jeng..!!!

Sunday, March 16, 2008

HotGath '08

Hai kawan-kawan!!!(ayat abul)...waaah,sibuk tul u all skang ek,sampai dah tak sempat nak menyasar detik,membangkang harta barang seminit dua. Ye arr,ape yang korang buat tu memang betul pun,Uis tak sangkalkan lagi. Zaman sekarang sape tidur,die terlepas. Tak best kan alam pekerjaan neh. Masing-masing cuba menghenyak,menakak,menerabas,menerjang untuk sampai ke habis. Habis yang bermaksud penghabisan atau habis yang tidak ada apa-apa. Terletak di tangan kita.

Camna Uis leh berkarya kembali ek?heran kan?tu sebenarnye suntikan semangat dari shoutbox yang Uis install kat depan nun. Ade lagi yang masih sayang ngan blog neh rupenye. Trima kasih setinggi-tingginya kat semua. Start dari Uis jadi founder secara solo sampai Uis amik aremierulez jadi back-up writer dan sampai aremierulez pun dah bosan nak melayan u all yang macam muka takde perasaan dan Uis take over balik, u all tetap support..tepukan untuk diri sendiri!!!

Okeh,topik minggu neh membincangkan mengenai gathering day yang akan dianjurkan oleh saudara makhluk buas a.k.a puaka petaka a.k.a jimmy a.k.a eat man a.k.a zikri (berapa banyak nama daa..) yang Uis namakan sebagai HotGath'o8. Gathering neh khabarnya akan diadakan pada sekitar bulan Mei ni,di Kuala Lumpur. Jadi sesiapa yang nak tau further information bleh forward kat sini, insyaallah saudara makhluk buas akan cuba menceritakan perjalanan jadual yang telah dirancangkannya. Fees dia kalau tak silap Uis ialah RM100 sahaja. Kalau nak kasi lebih pun lagi bagus. U all kan kaya..hehehe

Friday, November 2, 2007

GEMPAR!!!!Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung!!!!!

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIMLAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram,sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!

Sunday, October 28, 2007

BLOG NI DAH MATI

Aku tak tau mana semua kawan-kawan polimers sekalian menghilang. Mungkin sibuk kerana final exam. Tapi dari sejak bulan ramadan lagi, semua dah menghilang.

Blog ni dah semakin mati. Kalau kamu rasa nak hidup kan kembali blog ini. Sila kembali ke blog ini seberapa segera.

Sunday, October 21, 2007

ARE YOU READY??

Hye....

Kepada kawan-kawan ku yang menghadapi final exam selepas naik cuti raya ni...
aku ingin ucapkan good luck kepada kamu semua...

May the force be with you...

Monday, October 8, 2007

SELAMAT HARI RAYA

aremierulez di sini...

Aku mewakili tuan punya blog, Aweez Qarnie, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Aku berharap semua ahli polimers dapat meraikan hari yang mulia ini dengan keluarga tercinta dan orang tersayang.

Kepada sesiapa yang memandu, di harap memandu dengan berhati-hati. Ingat orang yang tersayang.

Jumpa lagi selepas raya...

Wednesday, October 3, 2007

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Sunday, September 23, 2007

JADI KE TAK APIS KAWIN HUJUNG TAHUN NI??? TAK TAHU

Persoalan yang menjadi tanda tanya kepada budak-budak yang serumah, sekelas dan yang mengenali saudara Mohd Alhafiz.

Majlis pertunangan beliau dengan pasangan nya, Yanie yang berlangsung semasa 26 Mei lalu masih aku terbayang-bayangkan. Dan ada beberapa member polimers yang bertanya kepada aku, "Bila apis nak kawin? Jadi ke tak apis kawin hujung tahun ni?"

Lalu aku bertanyalah pada sepupunya, Nana, yang kini juga menuntut di Politeknik Merlimau. Jawapan daripada beliau ialah... Tak tahu.

So senang cerita, baik aku tanya tuan punya badan. Aku pun SMS la apis untuk mengetahui tarikh sebenar hari bahagia yang dinantikan. Jawapan nya pun sama.. Tak Tahu.

Menurut apis, mungkin hujung tahun ni tapi duit dia macam tak cukup lagi. So, mungkin juga tahun depan.

Selain itu, apis kena tunggu jawapan dari keluarga sebelah perempuan. Maklumlah, anak perempuan sulung.

Jadi belum ada tarikh tetap. Kata apis, bila dah dapat tarikh yang tepat, aku akan menjadi orang pertama yang dia inform. Kita tunggu je lah ye...

Dia jugak berharap semua gang polimers dapat datang ke majlis perkahwinan nya nanti. Terutamanya housemate masa di merlimau dan budak-budak lelaki yang satu batch, tak kira la DPR ke, DHK, DSB, SKA dan lain-lain...

Wednesday, September 12, 2007

SELAMAT BERPUASA

Kepada semua warga polimers, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa. Diharap semua warga Polimers dapat menjalani ibadah puasa dengan selamat tahun ini.

Puasa jangan tak puasa. Kalau tak puasa tak boleh raya. Hahaha

Sunday, September 9, 2007

WARMNESS ON THE SOUL VERSION 2.0

Saje je aku nak promosi blog aku. Hehe...

Blog aku dah berevolusi juga ke version 2.0. Kalau korang dah bosan dan dah tak tau nak buat apa, boleh la lawat blog aku. Klik sini.

Oh ya. Kepada sesiapa yang ada gambar-gambar nak share gambar masa belajar dekat poli atau apa-apa gambar yang ada kaitan dengan poli, boleh e-mel dekat aku. Boleh aku display kat blog ni.

GAMBAR POLITEKNIK MERLIMAU

Saja je aku letak gambar poli ni. Itu pun aku jumpa dekat friendster. Bagi sesapa yang dah lama tak tengok pintu gerbang poli kita dan dah lupa macam mana rupa paras gate tu, ni ha rupanya...

Ni gambar tasik, tempat budak-budak berjogging, bersukan, bersenam, berdating,merendek dan sebagainya...
Rindu pulak kat poli. Bila la aku nak ke sana balik ya...

Monday, September 3, 2007

WTF?

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Thursday, August 30, 2007

CERITA BUDAK POLIMERS DI METRO EDISI SELATAN

Dua hari lepas, aku lepak dekat bilik kawan aku di kampus Sempena Riau, UiTM Segamat. Kawan aku pun berkata dengan aku. kawan aku tengah baca Metro edisi selatan...

Kawan: Oit, kau Politeknik Merlimau dulu kan? Ni ada cerita pasal budak sana...
Aku : cerita apa?
Kawan: Ni ha.. Budak Poli kau menang pertandingan futsal dekat Melaka. Bukan setakat team laki je, futsal perempuan pun johan jugak ni.


Pergh. Bangga aku dengar bila ada orang puji pasal Politeknik Merlimau. Tapi tiba-tiba kawan aku sambung balik....

Kawan: Tapi aku ada baca jugak pasal budak poli kau kena tangkap basah ramai-ramai kat rumah sewa. keluar kat Metro jugak

Adus. Terasa tak best pulak dengar ayat kawan aku ni. Memang aku akui sendiri, aku pun dah banyak kali baca pasal budak-budak ni kena tangkap basah kat Merlimau Utara tu. Yang kat kelapa sawit, lain cerita pulak... Adus apa nak jadi budak-budak ni...

Tapi kira ok lagi la poli kita ni. Kalau UiTM segamat ni, dah banyak melahirkan anak yang tak de bapak. Harap-harap kat poli kita tak de lagi la...

P/S: Teringat kat ayat yang pernah Yua cakap dulu.. "Aku, mirul, udang...Clear. Yang lain aku tak tau."

Saturday, August 25, 2007

GROUP POLIMERS

Kalau korang ade friendster, ada group polimers yang korang boleh join. Mana la tau, ada terjumpa member-member atau junior korang dalam group ni...

Politeknik MerLimau MeLaka

Aku pun tak kenal dengan owner group ni. Maybe budak junior kot. Ok, try-try la join kalau berminat

Thursday, August 23, 2007

AKU PERLU DUIT! DUIT! DUIT! DUIT!

Post ini di petik dari blog aku, Warmness On The Soul

Aku ada masalah sekarang. Masalah kerosakan. Bukan kerosakan akhlak, kerosakan rohani, rosak buah pinggang atau pun apa-apa kerosakan fizikal aku. Tapi kerosakan ke atas barang-barang milikan aku.

Pertama, kerosakan MP3 aku. MP3 aku jenama Sony dah rosak. Memang MP3 tu masih boleh di dengar, boleh dihidupkan. Malangnya, penyambung USB nya dah rosak. Aku dah tak boleh tukar lagu lagi. Aku terpaksa dengar lagu yang sama saja sekarang.

Kedua, kerosakan Hand Phone aku. Mic dan speaker HP aku dah rosak. Kalau orang call aku, agak sukar sebab mereka tak boleh dengar suara aku dan aku dengar bunyi bising sepanjang perbualan aku.

Ketiga, laptop aku. Bukan rosak apa, tapi macam ada tanda-tanda kerosakan. Selalu hang, stuck dan sangkut. Dan selalu jugak keluar black skrin. Jadi aku perlu tukar hard disc. Lagipun memang aku nak tukar hard disc dari awal semester lagi sebab hard disc aku memang dah nak penuh pun.. Hehe... Kalau tak, susah la aku nak memblogging lagi lepas ni.

Jadi, kalau kamu semua kesian kat aku. Derma lah dekat aku. Kepada sesiapa yang nak menghulurkan derma, sila hantar e-mel kepada aku dengan tulis kan ini pada bahagian subjek "Aku mahu bagi kamu derma". Aku akan send nombor akaun aku dan korang boleh bank-in kan. Kalau boleh minima derma seorang RM 50... Hehe...

Sekian, terima kasih.. Hehe..

Friday, August 17, 2007

THE NEW AND IMPROVE POLIMERS VERSION 2.0

Apa khabar semua, aremierulez di sini....

Apa khabar semua gang-gang polimers? Di harap semua sihat hendaknya.

Ok. Maybe korang semua mesti agak terkejut melihat perubahan layout Polimers ini. Setelah mendapat kebenaran dari Aweez Qarnie, pemilik blog ini, aku telah upgrade blog ini ke version 2.0. Aku ubah sikit layout Polimers ni sebab aku berpendapat warna putih yang di gunakan selama ni nampak pucat dan tak bersemangat. So aku cuba menambah sedikit warna dalam blog ni.

Aku jug meletakkan banner untu k blog ni. Sebelum ni, blog ni tak de banner, so aku meletakkan banner untuk menambahkan seri. Kat banner tu ada tertulis "Will I Ever Find You?" You dalam ayat itu bermaksud friendship kita dalam ahli gang Polimers. Mampukah kita mendapat persahabatan seperti ini lagi?

Blog ni jugak dah ada theme song. Hehe... Klik play dekat lagu Friends Forever kat atas nih sambil baca blog ni. Mana la tau dapat tambah sikit feeling sambil baca blog ni... Ye Tak??

Aku jugak ada letak satu poll kat dalam blog ni. Korang usha la kat bawah chat box ni, korang akan nampak poll yang aku letakkan tu. Sila-sila la mengundi ya. Korang boleh undi seberapa banyak korang nak dan boleh tanda lebih dari satu. Tarikh tutup untuk mengundi ialah pada 3 September 2007.

Aku juga masih menunggu kiriman korang. Sila rujuk post aku sebelum ni. Di harap ahli-ahli polimers yang lain mengahantar apa-apa hasil karya atau gambar atau pa-apa luahan hati anda ke alamat e-mel yang di beri sebelum ini.

Diharap semua gang-gang polimers berkerja bersama aku untuk menambahkan seri Polimers ini untuk masa yang lebih panjang.

Ok.. Kalau ada apa-apa komen atau feedback, silalah komen ya?? Mari kita sama-sama menggegarkan blog ini.

Monday, August 13, 2007

MAKA MEMBEBEL LAH AKU INI....

Apa khabar semua warga Polimers? aremierulez di sini... Di harap semua sihat sejahtera hendaknya.

Sorry amat-amat sebab dah jarang-jarang update blog ni. Aku agak sibuk sekarang kerana aku sekarang bukan sahaja nak menjaga blog aku, tapi jugak kena handle blog kawan aku ni. So dicampur lagi dengan tanggungjawab sebagai pelajar dan nak menjaga business yang aku jalankan, aku memang agak sibuk sekarang.

Aku ada beberapa perkara yang terkeluar dari benak kepala aku yang dah tak berapa betul. Blog ni dibuat bukanlah semata-mata untuk aku dan aweez qarnie, tapi untuk semua ahli polimers. So aku ada cadangan, apa kata kalau korang ade benda nak di luahkan, korang e-mel kat aku dan aku akan letak dalam blog ni. Tak kira la luahan hati ke, pandangan korang ke, atau korang nak hantar sajak, puisi, pantun.... Apa-apa aja lah...

Atau kalau korang nak lebih mencapap, korang hantar la gambar-gambar terbaru korang, gambar dengan kawan-kawan baru dekat tempat belajar baru atau tempat kerja, atau gambar pemandangan yang korang ambik ke. Tak kira apa lah, janji kita boleh berkongsi bersama-sama.

Kalau korang gembira dengan cadangan aku dan nak medium korang di exposure kan di blog ini, sila e-mel segala medium korang ke e-mel aku ini:


sekian untuk kali ini.....

Thursday, August 9, 2007

How Friendship Break..............

HOW FRIENDSHIP BREAK ?

Both Friends Will Think The Other Is Busy

And Will Not Contact

Thinking It May Be Disturbing

As Time Passes

Both Will Think Let The OTher Contact

After That each Will Think Why I Should Contact First ?

Here Your Love Will Be Converted To Hate

Finally Without Contact The Memory Becomes Weak

They Forget Each Other

So Keep In Touch With All And Pass This TO All Your Friends...

We Don`t Want To Be One Of This Kind

P/S: Jangan biarkan persahabatan kita jadi begini....

Monday, August 6, 2007

LAGI ORANG BERTUNANG


Korang kenal tak Suhaini? Budak DPR batch kita (classmate aku la), budak Batu Pahat. Biasa orang panggil dia Ai. Kalau korang kenal, sila baca perenggan seterusnya, Kalau tak, sila abaikan post ini....

Ok. Berbalik kepada budak Ai ni. Menurut dari sumber yang memang sah boleh di percayai, Ai ni telah selamat bertunang pada 30 Julai 2007. Aku pun sebenarnya tak tahu hal ini. Tapi nasib baik la classmate aku yang sorang ni, Suhana, bagitau kat friendster aku. Menurut Suhana jugak, dia pun tak di jemput untuk majlis tunang ni.

Ppfftt...

Siot betul. Boleh lak dia tak bagitau aku sekali. Anyway, semoga jodoh berkekalan hingga jinjang pelamin....

Thursday, August 2, 2007

Renungkanlah....

Lapang dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat- lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu."
Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."

Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang?... "

"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.
"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz.

Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?"

Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya.

Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.

Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri mereka.

Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan.

Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

"Abah ni... ke situ pulak...."

"Habis tu?"

"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."ujar Pak Uwei.

Intan peluk abahnya erat.

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya.

Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?"

Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

"Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah."

Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.

Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman menukar tajuk perbualan.

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan.

Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar.

Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.

" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Tamat....

Moral cerita ...
buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Dan bila sudah menjadi ibu bapa satu hari nanti, jangalah kamu membeza-bezakan anak kamu..

Renung-renungkan. ....

Wednesday, August 1, 2007

HYE SEMUA....

Hello semua, aremierulez di sini....

Sorry lama jugak tak update blog ni. Nak kata sibuk, tak jugak. Cuma aku kekeringan idea nak update blog ni.

Berbeza dengan blog aku, aku boleh tulis ape saje yang terlintas di fikiran aku, isu semasa, tak pun kisah kehidupan aku yang membosankan. Aku boleh post 2-3 post sehari untuk blog aku. Tapi blog polimers ni blog komuniti, so agak susah juga aku nak update. Patut la Awezz Qarnie kite tu dah give-up nak update blog ni. Baru la aku rasa cabaran nya.

Ok. Buat masa sekarang, aku pun tengah buntu jugak ni. So apa kata kalau kita main teka-teki. Aku dapat teka-teki ni dari blog ini, kalau korang cari post-post dia yang lama, maybe korang boleh jumpa jawapan nya. Tapi kalau korang rasa nak menajamkan minda dan mencabar diri, sila jawap teka teki ini ya.

Soalannya berbunyi begini....

Ada sebuah ladang yang tanam segala jenis buah-buahan dalam dunia ini. Semua jenis buah ada ditanam. Buah-buahan tempatan, buah-buahan mat salleh, buah-buahan Timur, Barat, Utara, Selatan.

Satu hari, ladang terbakar. Hangus habis. Cuma tiga jenis buah yang terselamat.

Buah apa, dan kenapa?

Korang pikir la ye. Jawapan dia agak tak masuk akal so korang terbalik kan kepala korang untuk pikir jawapannye...

Sekian. Jumpa lagi bila aku dah dapat jawapan.

Sunday, July 22, 2007

AKU ADA CADANGAN

Salam semua, aremierulez di sini... (baca stail AC Disini)

Aku ada cadangan sikit ni. Ape kata kalau semua ahli-ahli polimers bagi aku birthday date masing-masing. So nanti aku boleh buat satu list birthday kita semua. Aku akan letak list tu dekat bahagian tepi blog ni. So senang kita nak wish birthday sesama kita.

Apa macam semua? Setuju ke? Kalau setuju, tinggalkan tarikh birthday masing-masing dekat tempat komen. Kalau korang tau birthday member-member yang lain, pun boleh sertakan sekali.

Wednesday, July 18, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!

Lupa lak ye. Happy 23rd birthday to Gimmie atau terkenal dengan nama bloggers nya, makhluk buas. Hari jadi dia jatuh tersungkur pada 18 Julai (hari ni beb).

Tak lupa jugak kepada Ernie yang menyambut birthday pada 19 Julai iaitu esok.

So kami dari pihak polimers ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada gimmie dan ernie. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki serta di lindungi oleh Allah Taala. Amin...

WWWAAASSSUUUPPPP!!!!!

Salam kawan-kawan polimers semua. Ok ni bukan aweez, tapi aremierulez di sini. Aweez telah meletakkan aku sebagai second writer untuk blog ni kerana dia agak busy sekarang nih. So di harap member-member semua memberikan sokongan kepada aku yeh!!

Maybe aku tak de lah boleh update selalu sangat sebab aku pun ade blog sendiri. Tapi aku akan berikan usaha yang terbaik untuk blog ni.... CCCHHHEEWWWWAAAHHH!!!!

Ok kepada member-member yang ada berita pasal budak-budak poli kita yang lain, please inform aku atau aweez so kitaorang boleh post kat dalam blog nih. Ok?

Oh ya, korang kenal Mohd Alhafiz tak?? Ala, aweez ada cerita pasal majlis tunang dia yang aku dengan aweez pergi hari tu. Sekarang ni dah jadi cikgu, dah jadi pendidik. Siap tertidur kat library lagi hari tu. HAHA... Rosak la anak bangsa melayu macam ni... Anyway, hope Alhafiz suksess dalam bidang baru dia ni....

Ok, Chow. Jumpa lagi....

Sunday, June 10, 2007

Drama Seorang Pencilok...



"Alamak,Mat,minyak dah warning aa.."

Mat menjenguk ke panel, "Alaa..sampai Jitra kang sempat nyer isi"

Confiden je aku tengok mamat nih. Kang dekat highway Sintok tu Pajero nih buat perangai tak pasal je. Sebelum ni lak bapak aku ade cite pasal pontianak yang sempat dirakam oleh seorang pengukur tanah kat UUM. Meremang gak bulu roma aku nih. Nak-nak kitorang balik mase tu pukul 8.00 malam. Ox kat belakang cuma berdiam diri. Letih agaknya.

"Tank belah hang ka Mat?"pantas dia menyuakan kepalanya keluar tingkap.

"A'ah" sambil kembali bersandar.
Handphone di tangan tak pernah dilepaskan.Ada saja yang dibeleknya.Tapi hari ni dia belek bukan nak tunggu sms dari awek, sebaliknya panggilan dari sorang mamat bernama Bob.Tegang gak aku tengok masa dia jawab panggilan dari mamat tuh.

"Sapa yang kurang ajaq?Ok,hang nak tunjuk sangat jantan hang takpa.Kita takyah gaduh kat talipon.Hang tunggu, aku sampai satgi!!!"terus dia menghempaskan handphonenya ke dashboard.

Aku rasa memang jadi laa malam nih.Aku cukup kenal dengan mat nih.Kalau bab gaduh memang terserah kat dia.Ox pulak dah macam sidekick dia.Lantak korang la,jangan babit aku dah.

Sampai kat Stesen Minyak Shell Fuaddurrahman aku terus parking kat tempat diesel khas untuk lori.Aku melompat turun dari jentera kesayangan ayahku lalu terus berjalan ke kaunter.Baru tiga langkah melangkah aku terperasan ada dua buah pick-up sedang mengisi minyak di pam 7 dan 8.Pick-up tu pun pakai diesel gak.Dari nombor plate pick-up tu yang aku tak berapa fasih nak baca ni,tau laa aku yang pick-up tu datangnya dari jiran tetangga kita iaitu Thailand.Ada seorang awek siam tengah mengisi pick-upnya dengan diesel di pam 8.Aku berpatah balik.

"Mat,kat situ pun ada diesel laa,"kataku sambil menunjuk ke arah pam 7 dan 8.Awek siam tadi cuma tengok je ke arah aku.Tapi disebabkan aku ni rabun sket maka aku tak brapa nak perasan sangat mukanya.

"Abih tu?"tanya mat sambil mengerutkan muka.

"Aku nak isi pakai kad kredit.Kat pam ni mana bleh pakai kad kredit.Kat situ boleh laa"

Aku melompat balik naik ke atas pajero lalu terus menghidupkan enjin semula sambil menunggu salah sebuah pick-up tu selesai mengisi.Pick-up yang berada di pam 7 mula bergerak.Aku pun tanpa membuang masa terus ke pam tersebut dan yang paisehnye,aku silap masuk lane.Sapatutnya aku masuk melalui depan sebab tank di sebelah penumpang depan tapi aku dengan selambanya masuk ikut belakang.Jawabnya..

"Mat,tolong isi.."kataku sambil tersengih kat mat.Mat lak menjuih macam orang perempuan merajuk ngan pakwe.

Masa aku tengah gelabah nak matikan enjin aku terpandang awek siam yang tengah isi minyak tadi.Dia senyum kat aku.

"Hallamak mat,dia senyum laa"kataku dengan nada perlahan sambil berpaling ke arah mat.Mat dah macam kucing hilang anak.

"Hang pi laa depan sikit,aku tak nampak laa.."aku pun terus tekan minyak lagi sikit.

"Dia senyum kat hang kot Ox?"

Mustahil seorang awek yang manis macam tu nak senyum kat mamat yang kelat macam aku ni.Sama ada dia rabun atau buta atau gila.Kalau dia senyum kat Ox aku boleh percaya laa jugak sebab si ox ni jambu la jugak.Ox cuma tersenyum.Itu ja yang dia tau.Untuk mendapatkan kesahihan tentang senyuman awek tu,aku pun turun dan terus ke panel credit card.Sepanjang urusan aku kat situ langsung aku tak toleh belakang.Kalau nak tau,aku ni gayat sikit.Nak-nak awek yang kiut camtu.Maunya pitam aku kalau dia seduce aku nih.Bila aku toleh je nak isi minyak aku nampak dia tengah pandang aku.Dia senyum lagi.Aku senyum balik.Kompom dia senyum kat aku.Bukan kat ox.

Rasa macam nak je pi sembang ngan dia.Tapi dalam mimpi laa.Aku tak penah ada sejarah ayat-mengayat nih.Mat tanpa segan silu laju je gi approach.Dia ada kelebihan dari aku sebab bleh bertutur dalam dialek thai.Ntah apa yang dia cakap ntah.Awek ni lak bleh buat jual mahal ngan mat.Tadi bukan main lagi senyum.Dia suka kat aku sorang je laa mat.Sorry..

"Lamanya isi,dah dekat RM500 dah tu.."camtu laa lebih kurang apa yang mat borak ngan awek nih.

Aku ni bukan tak tau cakap siam langsung.Bleh laa sikit-sikit.So aku paham laa apa yang mat cakap kat awek tu tadi.Tapi terkejut gak bila mat cakap camtu.RM500?Ko isi pick-up ke isi kapal terbang?

Dah abis isi aku print resit terus nak blah.Mat sempat melambai kat awek tu.Aku lak dah tak tengok dia sebab tak semena-mena datang sorang pakcik siam gi tunggu ngan awek tu.Abah dia kot.

"Besaq gila.." kata mat.Besaq?Aku tengok takde laa besar mane pun.Standard size laa tu.Nice je laa..nice to see,nice to hold,once broken considered sold..heheh

"Apa yang besaq tu mat"ox mula bersuara.

"Tank pick-up dia,sampai RM500 lebih dia isi,"Oo..kuning tul otak aku.

"Aku rasa dia modified laa,tak logik pick-up camtu bleh isi sampai RM500,dua-dua bijik lak tu.Yang sebijik lagi tu pun aku rasa dah isi RM500 lebih gak tu,"

Aku tak tau kenapa tiba-tiba aku rasa baru kena tipu.Walaupun awek tu senyum tapi ada satu benda yang fishy kat senyuman dia tu.Sah!Smuggler diesel!!!

Geram betul aku rasa.Tapi bukan sebab dia smuggle diesel kat Malaysia.Ambik laa banyak mana pun.Malaysia kan kaya,pemurah lak tu.Tapi aku geram sebab dia senyum tak ikhlas kat aku.Dia ingat aku someone sejak aku tunjuk ke arah dia lagi.Pastu mat lak pi jenguk meter minyak dia.Sebab tu boss dia datang tu.Aku dah angau sampai sekarang dia punya senyuman tu.Lawa beb.Serius.Tapi bila pikir balik,senyuman tu cuma untuk lepaskan diri dia je.

Aku benci Hipokritics!!!

Wednesday, May 30, 2007

I'm baaaaaaack!!!


Cik Yani setelah diberi sentuhan listerik oleh make-up artist pro


aremierulez sebagai budak penghantar buah..kekekek


Mak ngan bakal menantu baru..best tak makcik?


Gaya seorang tunggangan orang,ops..tunangan orang

Fuishoo!!...rakan-rakan sekalian,u all takde keje ke Uis tengok lex je memasing layan blog nih..jangan kantoi ngan bos dah.

Uis actually baru balik dari Melaka menghadiri majlis pertunangan kawan kite Al-hafiz ngan pasangan tersayang Cik Yani yang garang(jangan marah).Uis tak tau lak majlis pertunangan tu meriah betul dah macam kenduri kawen lak rupenye.Terima kasih kepada rakan-rakan lain yang turut memeriahkan majlis antaranya aremierulez, abul dan abe(adik apizz,bleh ke kalau die tak datang).Abe memang rajin btul menghandle majlis pertunangan abang sulungnye.Dari pagi sampai ke malam bertungkus-lumus..salute sama lu bro!!Dengar cite abe dah 3 ari tak tido.Lepas ni abe kawin apizz jangan lupe lak tanggungjawab.

Tak lupa setinggi-tinggi trima kasih jugak kepada mak dan family apizz yang tak jemu-jemu melayan karenah kami.Ketibaan kami disambut dengan a very warm welcome.Luv u Makcik!!Kalau nak cite rasenye 3 ari pun tak abis,memang best gile..gi mandi kat asahan,lepak ngan member-member lame,ronda-ronda kat MP,macam dolu-dolu..BESTNYE!!!

Lepas ni apizz kawin pun insyaallah Uis akan sampai gak..serious best..takleh digambarkan dengan kata-kata,u all tengok je laa gambar yang Uis sempat rakamkan sepanjang Uis kat sana.Kalau nak tengok gambar lain lagi pi kat album k..Chow!!

Monday, May 21, 2007

Walimatul Urus..




Assalamualaikum semua Ganx Polimers..
Di sini ada satu pengumuman penting yang hendak disampaikan.Pada 2hb Jun '07 ini bersamaan 16 Jamadilawal 1428H,seorang lagi rakan kita Syarifah Nuramalina Bt. Sayed Idrus(Kekna) akan melangsungkan majlis perkahwinan beliau dengan pasangannya Mohamad Khairul Imran B. Mat Zainol(An) di alamat No.1A Kg. Pulau Kemiri,31120 Sungai Siput(U), Perak Darul Ridzwan.Semoga dengan kehadiran para tetamu sekalian akan meng'havoc'kan lagi keadaan serta me'riot'kan lagi majlis ini..

Wednesday, May 2, 2007

Al-kisah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua warga Polimers sekalian. Sebelum pape Uis nak menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala kesulitan yang dialami oleh U all sume sepanjang ketidak aktifannya blog nih. Untuk pengetahuan U all, ni laa first time p.c umah Uis ni berkeadaan baik. Ari ni mungkin mood dia baik kot. Selama ni Uis menghadapi masalah nak log in ke account menyebabkan post sume dah basi n expired. Mintak maaf k.Untuk mengubati kekecewaan U all apa kata kita karaoke dulu seround.Tapi karaoke jamban je laa...Karaoke box ade kat bawah tu. Enjoy...

Berbalik kepada topik kita untuk musim ini iaitu keje government vs private. Sekarang ni Uis dengar ramai ganx polimers yang dah keje. Keje lak macam-macam yang Uis dengar. Ade keje kerajaan, ade keje company swasta, dan tak kurang jugak yang buat keje sendiri.Walau ape pun pekerjaan yang kita lakukan, asalkan ianya tak salah disisi undang-undang dan agama. Untuk pengetahuan semua, Uis baru dapat surat panggilan temuduga SPA.Pening kepala gak dok pikir nak pi ke tak. Apa kata kalau U all tolong Uis berikan pendapat U all sume.Patutkan Uis pegi temuduga tu atau teruskan karier Uis selama ni dan kalau lulus temuduga tu patutkah Uis tinggalkan company yang Uis bina selama ini.Uis nak tau pros n cons keje kerajaan n keje sendiri.Lastly, Uis nak ucap tahniah kepada Liverpool yang dah memang sedia superb, mantep n lamerp..Liverpool Rulez!!!

Friday, March 23, 2007


Hi,this is Peter Petrelli posting from N.Y for all Ganx Polimers. I am sorry to tell all of you that my fellow friend,Aweez Qarnie is not able to post in this week because of his injuries he got while helping me fighting with Sylar,I've heard from Uis that some of you are a fan of Heroes?Thank you for your support..all the ...whatever,so,are you people enjoying yourself?I mean while at Fiza's wedding..pretty nice,huh?All the flowers,the music,crowd, but most of all..the reunion things..its really happening guys!Thanx to ad7b, punjunk, ita>j.lo, chaalova, sulu_daiszie, nina_cute, pretty_cure, pretty_uggly, ida, pejal, shahrul, kaloi, cu'on, juma'ih, adibah, haifa and all of DHK class student for making it a very-very special wedding this year..you guys RAWKZZ!!!

Thursday, March 15, 2007

YOU'LL NEVER WALK ALONE


I come in peace...Ai,pe khabar sume?Uis harap y'all sihat sejahtera hendaknya.Kat sini Uis nak amik kesempatan untuk promote blog-blog lain yang dicreate dan diowned oleh ganx polimers crew kita.Harap-harap y'all boleh ikut jejak langkah ganx-ganx kite ni sebab Uis rase blog polimers ni 'dah tak lama'.Uis harap kat y'all je untuk kesinambungan connection antara kita.Sesapa yang singgah kat blog ni at least,jenguk-jenguk laa blog ganx yang lain kat sebelah tu,punjunk,fire_antzz,fiza_siot,sulu_daiszie,tak sangka lak they all ni ada bakat nak create blog memasing.Tapi Uis rase bukan masalah ade bakat atau tidak,nak or tak nak je.Untuk Akira,kalau nak tau alamat wedding fiza_siot try check kat blog die,kalau tak silap Uis dalam blog ni pun die ade tinggalkan alamat die tu tapi tak ingat kat post mana,try la cari.18 ni kite jumpe kat Dewan Sekolah Kebangsaan Dato' Keramat ok?Betul tak fiza?Satu lagi nak promo nih,sape nak DVD Siri Heroes Episode 1-18,antar mail kat Uis.Nanti Uis cakap camne cara nak dapatkan DVD tu.K..adios,amigos!

Monday, March 5, 2007

Hey YAAA!!!Wassup-wassup y'all???Salamz everybody,firstly Uis nak mintak maap banyak-banyak kat y'all sebab dah lama gila tak update blog,punjunk bising aremierulez bising,bukannye ape,Uis rasa macam nak bagi alasan pun dah tak guna kot.Y'all faham kan maksud Uis. Salah satu sebabnye ialah tak lain tak bukan, Uis sebenarnye dah kering idea nak tulis laa..news kengkawan kita skang ni dah tak sampai kat telinga Uis. Harap kawan-kawan terdekat je.Erm,pape je laa..Takkan nak paksa lak orang suruh bagitau news they all kan?Ni bukan rancangan sensasi ke,melodi ke. K'lah..tutup cite tu. Khas untuk fans Liverpool sekalian, diharap bersabar dengan ke'kalahan nasib' dengan ManU(Sume orang pun tau kot)sebab y'all tak bersedih keseorangan. Y'all never walk alone! Satu lagi Uis nak tanya,sape dah tengok The persuit of happyness? Tak rugi laa kalau tengok, memang 'bestina gilera' sesangat! Ok..harap-harap y'all enjoy laa yek..enjoy sampai muntah k! Aweez Dimana??AWEEZ DI SINI!!!...Sempoiiii!!!

Tuesday, February 13, 2007

Assalamualaikum ganx, Uis nak wish Selamat Tahun Baru Cina kepada suma warga polimers especially kat kawan-kawan kita yang berbangsa cina.May u have a prosperity burger.Kehkehkeh..Satu lagi Uis nak pesan kepada semua,sempena hari Valentine ni,Uis mintak sesangat kat U all kalau nak sambut takpe.Tapi jangan melampaui batas hubungan kite sebagai remaja Islam.Uis rase U all pun tau kan valentine tu dicipta oleh sape?untuk ape?fikirkan lah,sape lagi nak memartabatkan agama islam kalau bukan kita tunggak generasi Islam Hadhari.Tak kire laa nak bertunang ke,dah bertunang ke as long as U all tak diijabkabulkan lagi,berdosa besar tau.Jangan pikir yang U all ni 'cool' kalau dah bleh tidur ngan couple memasing.Tu budaya barat laa ganx.Banyak lagi cabang U all bleh wat untuk jadikan diri U all ni 'cool' contohnye:Berkenalan ke,mengumpul setem ke,mendengar radio ke,membaca majalah mangga ke..now that's 'cool'!!!

Saturday, February 10, 2007

Howlow Ganx!!!Amacam sume?ada sihat ka??Uis mintak maap sebab lame gile tak update weblog ni.Bukan ape,Uis tengah sibuk skang ni,jadi kena laa siapkan keja Uis tu dulu.Erm..bleh tahan ramai yang dah visit weblog yang tak seberapa ni.Tapi yang Uis dapat information dari ganx Uis yang sorang ni,ramai yang masuk tapi tak tinggal comment.Nape ek?Tak tau kat mane ganx-ganx lain lepak ke?kalau nak tau,setiap post tu kan ade comment kat bawah tu.Click je kat comment tu.Kat situ laa ganx-ganx polimers dok hangout.Satu lagi Uis perasan ramai yang curious nak tau sape founder weblog ni.Sibuk je U all ni.Tapi takpe,ni Uis dah dedahkan identiti Uis kat dalam archive kat sebelah.K..Satu lagi kat sorang 'mek' yang nak mintak sangat gambar n name die tak dipublish kan tu,jangan risau Uis tak publish kat sini tapi Uis publish kat Too..Chak!!So,U all enjoy k..last word dari Uis,Respect diri anda,ambil masa untuk Relaxs dan Respond lah pada persekitaran anda!!!

Tuesday, February 6, 2007

Sori..tabik..sori..tabik..

Wahai kenalan-kenalan Uis yang amat Uis sayangi sekalian,untuk pengetahuan sume,blog tak dapat diupgrade 2-3 hari ni memandangkan Uis sibuk gile nyer,lagi sibuk dari presiden venezuela Hugo Chavez(suke ati je..)sebab ade perkara yang nak disettle kan dalam minggu ni gak.Kalau tak elaun Uis bulan ni kena tebas laa jawabnya.Untuk aremierulez,Uis dah dapat pic yang aremierulez sent tu,tak sempat nak publish lagi.Sori, k.Jadi untuk sume ganx polimers,U all buat laa blog ni macam blog U all sendiri,jangan buat mende tak senonoh dah..panas lak blog Uis ni kang,papehal bleh refer kat punjunk k.So...have fun!!

Sunday, February 4, 2007

Sapa nak glamour?

Feedback daripada soklan yang diajukan oleh punjunk mengenai camna nak report berita-berita terkini atau gambar member-member kita yang lain,kepada sesapa yang ada latest news member-member kita ni kirim je berita tu ke bilik berita seri angkasa..eheh,bukan, kirim kat e-mail Uis ni aquaryus81@yahoo.com ok?Suma gambar n berita perlu ditapis dahulu untuk memastikan ianya cukup berkualiti dan selamat untuk tontonan umum.punjunk kata dah sent uis tak dapat apa-apa pun??betul ke dah sent?

Saturday, February 3, 2007

Ya Allah,Kau panjangkanlah umur ku..Amin..

Hari ni Uis tak tau laa nak tulis apa.Cuma Uis nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada kawan Uis yang pada hari ni genaplah beliau berusia 26 tahun..Semoga tuhan akan memurahkan lagi rezeki kamu wahai teman..Kepada sesapa yang tau birthday kawan-kawan dia,please masuk dalam comment.Khas untuk Ernie,time kasih sebab ingat birthday kawan Uis tu.Dia cakap dia sayang sangat kat Ernie.Kepada Mirul pun dia cakap tima kasih gak..U all la kawan dia dunia dan akhirat..TERIMA KASIH KAWAN

Friday, February 2, 2007

Pingat untuk korang!!!

Wallawei!!Korang memang best gile babas aa..tak sangka tul Uis dapat banyak ni punye feedback.Well,sempena hari keputeraan Uis esok, Uis nak kasi pingat kat suma dak poli termasuk laa AeiDSB.Kalau nak,nanti Uis tolong carikan gambar Aei k.Dak2 lain mane?Ajie,Fizan n lain-lain?Satu lagi nak cakap ngan Cha'are,aritu terserempak ngan Syamsiah kat UUM.Die study situ.Untuk pengetahuan sume,blog ni akan sentiasa di upgrade.Jangan risau,Eyn tanya blog ni blog nak cari keja ke?Boleh,nanti Uis akan usahakan untuk link ngan SPA n JobStreet.Tunggu!!!

Thursday, February 1, 2007

Uhuk!!uhuk!!


Kebelakangan ni kite sume telah dikejutkan dengan malapetaka yang dahsyat sangat.Tak penah kite dengar tentang banjir yang begitu besar dan panjang.Yang paling pelik ianya terjadi di Kota Tinggi.Tapi apa nak wat,tuhan tu maha kaya.Jadi,Uis nak amik kesempatan ni untuk ucapkan takziah kepada suma warga Johor.Semoga kalian dapat menghadapi kesukaran ini dengan hati yang tabah.Memang la tak best banjir ni,tapi,redah je laa..Kalau tak caye kite tanye salah seorang warga Johor yang Uis jumpe dah tinggal sehelai sepinggang je kat Batu Pahat ni.Baju pun tarak.Kesian tul.."Bro,best ke banjir ni?"Terus je die angkat tangan buat camtu..xbest laa tu...

Wednesday, January 31, 2007


Aaaa..jangan marah,skang dah ade gambo gitu...dan...dah pun dibuka pada orang ramai,so,sile laa beramai-ramai untuk memeriahkan lagi blog koman Uis ni.Orang lain wat homepage lah, website lah,tapi kalau Uis tak start tak tau bila lagi kan?Biasak laa,budget ciput,nak ikutkan banyak lagi gambo Uis nak tampal ni,tapi buat masa skang ni, tengok je laa yang mana ada, sesapa nak paste gambar terbaru pun ok gak.Satu lagi nak pesan,alang-alang dah terlajak ke dalam ni apa salahnya kalau korang klik kat banner kat bawah tu.Banyak pekdahnye wei...

Tuesday, January 30, 2007

Kompang untuk fiza!!


Wallawei!!!ni Uis dapat satu cite dari kawan Uis yang sorang ni.Dengar citenyer,die maybe akan ke jinjang pelamin tak lama lagi.Tapi kalau nak tanya bab tarikh perkahwinan minah ni Uis tak brani nak cakap sebab Uis sendiri pun kurang pasti.Hallamek!dah jadi isteri orang la lu beb.Tahniah laa diucapkan dan diharap berkekalan laa sampai bila-bila..amin p/s: sesapa yang tau exact date wedding si fiza ni cakap aa

Saturday, January 27, 2007

Welcome GanX'!!


What's up fellas!! Thank you for visiting the most enourmous-will-be community blog where everything shares between members.Fun, laughter, excitement, experience and everything. This blog was designed at the first place specially for former student of Merlimau Malacca Polytechnic generally from 1st pioneer student. But, who cares?Now everyone can enjoy the excitement. In fact, more head is better than one, isn't it?

VISIT THIS BLOG!!!