Tuesday, May 27, 2008

Kamal wat hal lagi???

Assalamualaikum semua!!..Mari-mari, rapat-rapat kat sini ada satu cerita masih panas dan masih berasap macam sizzling noodle daa..erm,ni bukan cite anak pontianak tapi cite pasal kawan kite si Kamal neh.Ape lagi laa dak Kamal ni dah wat,cite pasal kawin tak cakap aritu pun tak reda lagi,ni die wat hal lagi,Eh..!rileks dulu,jangan serbu je,siasat dulu ape yang dak kamal wat lak kali ni..
Aaa..kalau nak tau,Kamal baru je membuka kedai makanan barat a.k.a western food restaurant di Kuala Sungai Baru dekat Kuala Perlis.Buat suspen je dak Kamal neh. Kedai makanan yang diberi nama Aroma Paprika ni telah pun masuk seminggu pengoperasiannya. Restoran yang berkonsepkan 60's retro + beach side cafe ne menyediakan makanan barat seperti chicken chop, lamb chop, beef steak dengan pilihan pelbagai sos dan tak ketinggalan hidangan burger yang telah dikenali sejak turun temurun di sekitar pekan simpang empat iaitu bay leaves burger.Lokasi restoran amat strategik memandangkan ianya terletak bersebelahan dengan laut. Pengunjung yang datang dapat menikmati hidangan makanan sambil menghirup udara segar laut.Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan sesuai bagi seisi keluarga.
Uis betul-betul bangga dengan kejayaan kamal dan sentiasa berdoa semoga perniagaannya ini akan lebih maju di masa akan datang. Kepada ganx polimers sekalian tidak kira siapa pun anda marilah kita menyokong apa yang telah dilakukan oleh ganx kita ni dan dapatlah kita jadikannya sebagai pembakar semangat supaya kita lebih maju. Ingatlah kepada sesiapa yang sering menjatuhkan orang lain untuk naik maka dia tidak akan kemana-mana. Jadi kepada sesiapa yang berada di Perlis atau dalam perjalanan ke Langkawi anda berpeluang menikmati hidangan yang sangat lazat di Aroma Paprika.Jom Makan!!!

No comments:

VISIT THIS BLOG!!!