Wednesday, August 1, 2007

HYE SEMUA....

Hello semua, aremierulez di sini....

Sorry lama jugak tak update blog ni. Nak kata sibuk, tak jugak. Cuma aku kekeringan idea nak update blog ni.

Berbeza dengan blog aku, aku boleh tulis ape saje yang terlintas di fikiran aku, isu semasa, tak pun kisah kehidupan aku yang membosankan. Aku boleh post 2-3 post sehari untuk blog aku. Tapi blog polimers ni blog komuniti, so agak susah juga aku nak update. Patut la Awezz Qarnie kite tu dah give-up nak update blog ni. Baru la aku rasa cabaran nya.

Ok. Buat masa sekarang, aku pun tengah buntu jugak ni. So apa kata kalau kita main teka-teki. Aku dapat teka-teki ni dari blog ini, kalau korang cari post-post dia yang lama, maybe korang boleh jumpa jawapan nya. Tapi kalau korang rasa nak menajamkan minda dan mencabar diri, sila jawap teka teki ini ya.

Soalannya berbunyi begini....

Ada sebuah ladang yang tanam segala jenis buah-buahan dalam dunia ini. Semua jenis buah ada ditanam. Buah-buahan tempatan, buah-buahan mat salleh, buah-buahan Timur, Barat, Utara, Selatan.

Satu hari, ladang terbakar. Hangus habis. Cuma tiga jenis buah yang terselamat.

Buah apa, dan kenapa?

Korang pikir la ye. Jawapan dia agak tak masuk akal so korang terbalik kan kepala korang untuk pikir jawapannye...

Sekian. Jumpa lagi bila aku dah dapat jawapan.

7 comments:

Akira_Hanamichi said...

huhu... semekom sume... mirul, len kali cari la teka-teki yang btul2 susah sket... ok,bia akira try settlekan teka-teki ni... jawapan nya, buah cempedak, pisang emas & buah keranji... kenapa ek?? sebabnya mudah saja... buah cempedak berada di luar pagar... manakala pisang emas di bawa belayar... buah keranji plak dalam perahu... huhuhu... amacam?? ada btul ka en amirul??


p/s:- akira rasa ada tanya soalan ni kat korang2 dulu wak2 kat poly dulu...huhu

Amirul Idham said...

ye ke...
hehe...
aku tak perasan lak....
kena cari teka teki baru...
hehe

Amirul Idham said...

aku sebenarnye dah tak de idea nak post ni...
tu yg aku bubh je teka teki bangang ni..

Akira_Hanamichi said...

huhu... xpa, xpa, ok la 2... 1 percubaan yang baik... ko cari la teka-teji yang btul2 susah... x pun, ko wat tajuk pantun... suh budak2 ni wat pantun.. hehehe... ok aper..?

yusra yusop said...

Setuju!!
Pantun la plak Mighol..
Best..best..

yusra yusop said...

Laksamana berbaju besi,
Masuk ke hutan melanda-landa,
Hidup berdiri dengan saksi,
Adat berdiri dengan tanda.

Anak teruna tiba di barat,
Dari Makasar langsung ke Deli,
Hidup didunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk,
adat sirih pulang ke gagang.

Lastly,pantun yang selalu digunakan oleh ke'on:

Ayam berkokok di atas batang,
Huluq mai rokok sebatang.

aku jawab:
Ayam berkokok di atas penyidai,
Nak rokok pi beli kat kedai.
Muahahahahahh....

Amirul Idham said...

ok gak tu...
nanti aku try usaha kan

VISIT THIS BLOG!!!