Tuesday, May 13, 2008

Ralat: Nama company yang diisytiharkan

Assalamualaikum..kepada semua polimers di harap dapat mengambil perhatian yang agak serius dalam pernyataan yang akan dikhabarkan.Sedikit pembetulan mengenai gambar di ruangan Snap! bahagian Ganx Polimers Posse. Terdapat gambar yang menunjukkan papan tanda projek infrastruktur luar bandar yang tertera nama kontraktor seakan nama salah seorang polimers.Gambar tersebut sebenarnya telah disumbangkan oleh salah seorang ganx kita. Uis mendapat khabar bahawa beberapa rakan ganx berpendapat nama kontraktor atau company itu ialah nama company ganx yang mengirimkan gambar tersebut.Untuk menjernihkan kekeruhan dan salah faham,uis diminta oleh ganx tersebut untuk menerangkan keadaan sebenar.
Nama company ganx tersebut yang sebenarnya adalah Puncak Kersani Enterprise dan telah pun didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).Gambar papan tanda berkenaan adalah bukan sama sekali papan tanda milik ganx tersebut tetapi hanyalah gambar candid yang diambil berdekatan dengan kediaman ganx tersebut yang bertujuan untuk dimuatkan ke dalam ruangan Snap! Diharap tiada lagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuat sebarang spekulasi mengenai kontroversi gambar tersebut. Demi menjaga keamanan dan kesejahteraan blog ini,uis telah menggunakan kuasa uis sebagai pemilik blog untuk memusnahkan gambar tersebut.Oleh yang demikian akhir kata dari Uis...Tingkatkan Prestasi Kurangkan Kontroversi

2 comments:

Amirul Idham said...

haha..
cuak ye kau..

Puaka Petaka said...

aku tak sure gambar yang mana?
rasanya tak pernah tengok kot....
lantak lah....

VISIT THIS BLOG!!!