Thursday, August 23, 2007

AKU PERLU DUIT! DUIT! DUIT! DUIT!

Post ini di petik dari blog aku, Warmness On The Soul

Aku ada masalah sekarang. Masalah kerosakan. Bukan kerosakan akhlak, kerosakan rohani, rosak buah pinggang atau pun apa-apa kerosakan fizikal aku. Tapi kerosakan ke atas barang-barang milikan aku.

Pertama, kerosakan MP3 aku. MP3 aku jenama Sony dah rosak. Memang MP3 tu masih boleh di dengar, boleh dihidupkan. Malangnya, penyambung USB nya dah rosak. Aku dah tak boleh tukar lagu lagi. Aku terpaksa dengar lagu yang sama saja sekarang.

Kedua, kerosakan Hand Phone aku. Mic dan speaker HP aku dah rosak. Kalau orang call aku, agak sukar sebab mereka tak boleh dengar suara aku dan aku dengar bunyi bising sepanjang perbualan aku.

Ketiga, laptop aku. Bukan rosak apa, tapi macam ada tanda-tanda kerosakan. Selalu hang, stuck dan sangkut. Dan selalu jugak keluar black skrin. Jadi aku perlu tukar hard disc. Lagipun memang aku nak tukar hard disc dari awal semester lagi sebab hard disc aku memang dah nak penuh pun.. Hehe... Kalau tak, susah la aku nak memblogging lagi lepas ni.

Jadi, kalau kamu semua kesian kat aku. Derma lah dekat aku. Kepada sesiapa yang nak menghulurkan derma, sila hantar e-mel kepada aku dengan tulis kan ini pada bahagian subjek "Aku mahu bagi kamu derma". Aku akan send nombor akaun aku dan korang boleh bank-in kan. Kalau boleh minima derma seorang RM 50... Hehe...

Sekian, terima kasih.. Hehe..

9 comments:

aweez qarnie said...

Oi..oi..suka ati je nak mintak sedekah kat sini lak,ni dah kire penyalahgunaan blog nih,ko nak kene sabit macam NameWee tu ke?

chu_blues said...

hampeh malaun btul...

Amirul Idham said...

aku bkn mintak sedekah..
mintak derma la...
hehe

Puaka Petaka said...

nak bagi ka tak nak ha?........

interesting subjek ni......

mighol oi, aku rasa macam nak tolong hang jugak, tapi aku pun perlukan pertolongan tapi tak la sampai minta tolong macam kau ni.....

masih lagi mampu........

macam mana boleh rosak mighol oi.....
ada gerenty lagi tak ko punya mp3 tu?...... kalau ada pegi la tukar.....

Amirul Idham said...

gerenti dah habis dh...
tu la..
time rosak, suma rosak..
kopak duit aku dh..

chaosmiguel said...

alor....cian die,kok ye pun mtk pinjam tu leh gak nak tolong.ne klu kes derma susah sket ar....kate org pahang tulen,tok pat koi nak nolong....

SuLu_DaiSzie said...

mioul...elok ker buat perangai macam tuh.....

kamu nih tanap mp3 tuh tak leh nak hidup ka...?

ish...ish...ish...
tak baik buat perangai gituh....

Puaka Petaka said...

Sulu_daiszie, amirul tu kena hidup dengan muzik...... dia kalau tak makan tak pa, tapi jangan tak dengar muzik, kalau tak macam cacing kepanasan atau kera kena belacan.......

sebab tu badan dia tak besar-besar......

jangan marah mirul ye....

Amirul Idham said...

x de la tak boleh idup...
cuma aku ni bnyk travel naik bas...
dari bt pht ke segamat
dari segamat ke KL
dari KL ke Batu pahat
tu yg klu x de mp3 bosan tuh

VISIT THIS BLOG!!!