Thursday, August 30, 2007

CERITA BUDAK POLIMERS DI METRO EDISI SELATAN

Dua hari lepas, aku lepak dekat bilik kawan aku di kampus Sempena Riau, UiTM Segamat. Kawan aku pun berkata dengan aku. kawan aku tengah baca Metro edisi selatan...

Kawan: Oit, kau Politeknik Merlimau dulu kan? Ni ada cerita pasal budak sana...
Aku : cerita apa?
Kawan: Ni ha.. Budak Poli kau menang pertandingan futsal dekat Melaka. Bukan setakat team laki je, futsal perempuan pun johan jugak ni.


Pergh. Bangga aku dengar bila ada orang puji pasal Politeknik Merlimau. Tapi tiba-tiba kawan aku sambung balik....

Kawan: Tapi aku ada baca jugak pasal budak poli kau kena tangkap basah ramai-ramai kat rumah sewa. keluar kat Metro jugak

Adus. Terasa tak best pulak dengar ayat kawan aku ni. Memang aku akui sendiri, aku pun dah banyak kali baca pasal budak-budak ni kena tangkap basah kat Merlimau Utara tu. Yang kat kelapa sawit, lain cerita pulak... Adus apa nak jadi budak-budak ni...

Tapi kira ok lagi la poli kita ni. Kalau UiTM segamat ni, dah banyak melahirkan anak yang tak de bapak. Harap-harap kat poli kita tak de lagi la...

P/S: Teringat kat ayat yang pernah Yua cakap dulu.. "Aku, mirul, udang...Clear. Yang lain aku tak tau."

5 comments:

Puaka Petaka said...

pergh......
terasa dalam tu.....

lain macam bunyi? bunyi macam nak gaduh saja......

Amirul Idham said...

bukan gaduh...
cuma teringat yua ckp je...

maybe alhafiz see the funny sight from that quote..

yusra yusop said...

Budak2 poli merlimau memang pandai2 belaka,semua dah besar,dah matang,tak payah nak bagi nasihat,budak poli merlimau dah boleh buat pertimbangan sendiri.Tengok la siapa dia punya super senior,mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?Fornication dah jadi trend masa kini.Takkan nak biarkan trend tu pupus macam tu saja,junior2 la kena teruskan tradisi amalan fornication ni.Bila ditanya pada 'super senior'(kononnya),kita jawab "Dik..jangan jadi macam abang/kakak!"

yusra yusop said...

Apapapun,look at the bright side,tahniah kepada pemain2 futsal yang menang,Polimers Boleh!

Teringat naik keta ramai2 pi JB sebab nak training futsal,semangat dah macam solja

Puaka Petaka said...

aku pun kalau boleh tak nak gaduh ngan member-member baik aku especially, member-member umah......

aku tak marah, aku terima apa hampa kata, sebab benda tu tak elok....

masa tu aku tengah panas di lautan yang berair 'cinta'. biasa la pengalaman mendewasakan kita.....

beringat sebelum kena, dah kena baru nak menyesal, hmmmm paham-paham la.....

apa-apa pun aku personally minta maaf kepada member-member housemate Polimers aku....... kalau buatan aku tu melampaui batas pagar rumah.......

VISIT THIS BLOG!!!